Kerjaya antarabangsa David_Silva

Silva membuat debut untuk pasukan kebangsaan Sepanyol ketika tewas 1–0 kepada Romania pada perlawanan persahabatan. Pada 22 Ogos 2007, beliau menjaringkan dua gol pertamanya untuk Sepanyol ketika menentang Greece, Sepanyol menang 3-2. Beliau kemudian termasuk dalam senarai 23 pemain di Euro 2008.

Pada perlawanan separuh akhir menentang Rusia, Silva menjaringkan gol ketiga untuk Sepanyol, Pada perlawanan akhir UEFA Euro 2008, Silva telah menolak Lukas Podolski ke atas tanah dan berlaku pemain-pemain Jerman saling menolak-nolak ke atas Silva. Selepas itu, jurulatih Sepanyol, Luis Aragonés mengeluarkan Silva dan digantikan oleh Santi Cazorla untuk meredakan insiden.[11]

Selepas bermain pada kelayakan Piala Dunia 2010, Silva terpilih dalam skuad Sepanyol untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Namun, David Silva tidak bermain pada perlawanan akhir menentang Belanda.

Silva bermain pada kesemua perlawanan Sepanyol di kempen Euro 2012. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-14 pada perlawanan akhir menentang Itali dengan menanduk masuk hantaran Cesc Fàbregas, untuk memberikan kelebihan kepada Sepanyol 1-0.[12] Perlawanan itu berkesudahan Sepanyol menjadi juara Eropah dan menewaskan Itali 4-0. Silva menjaringkan dua gol dan membuat tiga hantaran pada kejohanan itu.

Silva termasuk dalam senarai akhir 23 pemain yang beraksi di Piala Konfederasi FIFA 2013. Pada 20 Jun 2013, Silva menjaringkan dua gol ketika perlawanan peringkat kumpulan membelasah Tahiti, 10-0.[13]

Statistik

Pasukan kebangsaan Sepanyol
TahunKmnclnGol
200610
2007102
200891
2009123
2010124
2011104
2012154
201382
2014102
Jumlah8722

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1 22 Ogos 2007Thessaloniki, Greece Greece2–23–2Persahabatan
2 3–2
3 26 Jun 2008Vienna, Austria Rusia3–0 3–0 UEFA Euro 2008
4 5 September 2009A Coruña, Sepanyol Belgium1–05–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
5 4–0
6 14 Oktober 2009Zenica, Bosnia dan Herzegovina Bosnia dan Herzegovina1–0 5-2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
7 8 Jun 2010Murcia, Sepanyol Poland2–0 6–0 Persahabatan
8 11 Ogos 2010Bandaraya Mexico, Mexico Mexico 1–1 1–2 Persahabatan
9 3 September 2010Vaduz, Liechtenstein Liechtenstein 4–0 4–0 Kelayakan UEFA Euro 2012
10 8 Oktober 2010Salamanca, Sepanyol Lithuania 3–1 3–1 Kelayakan UEFA Euro 2012
11 9 Februari 2011Madrid, Sepanyol Colombia1–0 1–0 Persahabatan
12 11 Oktober 2011Alicante, Sepanyol Scotland1–03–1Kelayakan UEFA Euro 2012
13 2–0
14 15 November 2011San José, Costa Rica Costa Rica 1–2 2–2 Persahabatan
15 29 Februari 2012Málaga, Sepanyol Venezuela 2–0 5–0 Persahabatan
16 3 Jun 2012Seville, Sepanyol China 1–0 1–0 Persahabatan
17 14 Jun 2012Gdańsk, Poland Ireland 2–0 4–0 UEFA Euro 2012
18 1 Julai 2012Kiev, Ukraine Itali 1–0 4–0 UEFA Euro 2012
19 20 Jun 2013Rio de Janeiro, Brazil Tahiti2–010–0Piala Konfederasi FIFA 2013
20 10–0
21 8 September 2014Valencia, Sepanyol Makedonia Utara 4–1 5–1 Kelayakan UEFA Euro 2016
22 12 Oktober 2014Bandar Luxembourg, Luxembourg Luxembourg 1–0 4–0 Kelayakan UEFA Euro 2016

Rujukan

WikiPedia: David_Silva http://www.bdfutbol.com/en/j/j537.html http://www.bdfutbol.com/en/p/j537.html?cat=SEL http://www.davidjimenezsilva.com/en http://www.eliteprospects.com/football/player.php?... http://espnfc.com/en/report/346764/report.html?=ds... http://espnfc.com/us/en/report/365339/report.html?... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/11620... http://soccernet.espn.go.com/players/stats?id=4381... http://soccernet.espn.go.com/stats/assists/_/leagu...